Home » Blog » Kenapa Mama Berbohong ?
Kenapa Mama Berbohong ?
Posted by Hariz on Friday, July 30, 2010
Gambar Mamaku :)
Di saat ku masih kecil, aku melihat mama berpeluh balik dari sawah...
"Mama penat?" Mama menjawab.."Tak la, Mama belum penat lagi. Nak masak untuk ayah lepas ni..
" Aku tau Mama penat, dari raut wajahnya...Mamaku berbohong..
Kemudian aku lihat adik lahir. Mama tersenyum riang. Aku bertanya,
"Mama, sakit tak lahirkan adik?"
Mama menjawab, " Tak la, kan Mama tengah senyum ni. Happy adik lahir tau!"
Aku tahu Mama sakit sebelum ke hospital....Tapi Mama berbohong lagi....
Saat aku masuk ke sekolah, aku lihat Mama berada di luar kelas. memerhati aku belajar.
Maklumlah, hari pertama....Selesai kelas, aku bertanya.."Mama risaukan angah?"
Mama menjawab.."Tak lah...Mama cuma tunggu ayah ambik kita. Dia lewat sikit hari ni.."
Aku tahu Mama berbohong lagi....melihat wajahnya yang sungguh risau...
Hari tu, Mama tak turun ke sawah. Aku pasti dia sedang sakit. Namun ku lihat dia gagahkan jua dirinya
bangun pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga. "Mama demam?"
"Tidak nak, mama cuma nak kemas rumah hari ni. Takut orang datang..
" wajahnya yang pucat menceritakan segalanya..Mama berbohong lagi....
Hari itu aku menduduki peperiksaan awam. Aku lihat Mama di luar dewan memerhatikan aku dari jauh.
Berpanas, berhujan. dia sanggup tunggu aku. selesai kertas, aku keluar mendapatkan Mama.
Mama memberikan aku sebotol air untuk meghilangkan haus....."Mama nak minum?"
"Tak perlu nak. Mama tak haus...." seharian berpanas, berhujan, mustahil Mama tak haus....Mama ku berbohong....
Malam itu, kami makan dengan serba kekurangan. Mungkin tanaman Mama tak menjadi musin ni. Lauk ku sudah habis.
Namun, aku masih lapar..."nah, ambik lah makanan Mama ni. Mama dah kenyang.."
kenyang? Mama belum pun menjamah makanan....kenapa Mama? Mama berbohong lagi.....
Apa lagi yang ingin Mama sembunyikan...semuanya aku sudah nampak ma...
Aku tahu, mama buat semua ini, untuk kami.
Tanda kasih yang tulus dari hati..
Yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi kami....
Mama, aku sayangkan padamu....
PH : Ya Allah kasihanilah mereka keduanya(Ibu Bapaku) sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
{ 25 comments... read them below or add one }
ouh sedih T__T
mama tidak bohong, mama "bohong"
:)
sedih arr baca nie...air mate dh terkuar lak :p
ibu2 mmg slalu berbohong...
tp aku kagum n terharu gdn pembohongan mereka...
smge ibu2 dtmpatkan d sisi Allah dgn mulia..
amin...
pergorbanan ibubapa tak akan putus sehingga ke akhir hayat mereka... oleh itu hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa...
Latest entry:
Jasa Dan Pergorbananmu Sentiasa Ku Kenang!
bohongnya seorang ibu.. bukan untuk kepentingan diri sendiri..
sedih...dulu aku nampak air mata mama mengalir, tanya kenapa nangis. jawabnya, bukan nangis, mata pedih...sedihnya...
Mmm,pngorbanan seorg ibu. .x mgkn dpt d'bls oleh ank2. .
sygilah ibu anda. .
anda mampu mgubahnya. .
ibu bapa sentiasa sayangkan anak. sbagai anak, kita kna hrgai pngrbann mereka
itulah kasih seorang ibu, utamakan anak2 dari diri sendiri.. harap kita sedar pengorbanan ibubapa dan menghargainya
bila kita menjadi ibubapa, perkara sama yg kita akan lakukan.. utamakan anak2 juga. ia kerana kita kasih dan sayang kepada anak2
kasih sayang seorang ibu kpd anaknya..sayangila ibu anda ketika mereka masih ada...wuuu,aku sayang mak aku~! :)
huuu....takde mama dah... :(
T_T sedihnya...ibu snggup korbankan apa saja asalkan ank nya bahagia....
*sygilah ibu kita selagi nyawanya dikandung badan...
mama seorang yang istimewa kan
Jom Hotdog
sedey . mama syg kan awk .
bkn bohong . dye ta na awk risau an dye ..
@All Itulah Selagi Ibu Kita Masih Ada Hargailah Ibu Kita..
Kan Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu
sayangilah ibu bapa anda selama2nya
tak sabar nak jadi ibu... sobbbsss :'(
ibu bapa yg berbohong mesti ada sebab2 tertentu...
rasenya tak salah kot...
dia sayangkan rid...
@ardinihumaira wahh semoga cepat2 jadi ibu :)
owh.. sedihnya..
@iCaLoVeZiE Airmata saya mengalir membacanya :)
Besarnya kasih mama, sehingga segala kepahitan tidak terasa demi anaknya..
T_T...mom always got the adorable way to lie... they smile as if there's no pain, no hunger, no everything..try to do simply anything to keep us comfort..hu3..
*submit smbl tgn lju2 amek tisu..T_T~*
Great and I have a super present: How Long Renovate House custom home remodeling
Post a Comment