Benarkah Perempuan Berzina Hanya Untuk Lelaki Berzina?

Posted by Hariz on Wednesday, June 30, 2010

Jangan Bersedih, Engkau Akan Mendapatkan Pasangan



Sahabatku, diriwayatkan bahawa seorang wanita bernama Ummu Mahjul adalah seorang

pelacur. Dia biasa melayani lelaki dengan syarat lelaki itu memberikan wang sebagai
imbalan kepadanya. Kemudian, ada seorang dari kaum muslimin yang ingin mengahwini
wanita itu dan ia pun menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Maka turunlah
ayat ini : "…dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang
berzina atau lelaki musyrik. "
QS An-Nuur : 3
HR. Ahmad dan An Nasa’i

Sahabatku, alangkah benarnya penafsiran yang diungkapkan tentang ayat ini bahawa
seorang fasik yang buruk yang biasa berbuat zina, tidak tertarik untuk menikah dengan
wanita baik-baik. Akan tetapi, ia hanya ingin menikahi wanita fasik yang berbuat buruk
seperti dirinya atau wanita musyrik. Wanita fasik yang berbuat buruk tidak tertarik untuk
dinikahi oleh lelaki baik-baik dan mereka pun lari darinya. Orang yang tertarik untuk
menikahinya adalah lelaki yang satu perangai dengannya, iaitu sesama fasik dan musyrik.
Kaedah ini berlaku bagi kebanyakan orang, meskipun tidak menutup kemungkinan
sebaliknya, seperti yang dikatakan orang, ‘Hanya orang yang bertakwa yang melakukan
kebaikan, tapi ada orang yang tidak bertakwa yang melakukan kebaikan.’ Demikian juga
dalam kejadian ini.

Oleh kerana itu, wahai sahabatku, untuk apa engkau membangkitkan auratmu di depan
umum? Untuk mendapat pacarkah? Untuk mendapat suamikah? Bukankah membangkitkan
aurat di depan umum itu perbuatan zina? Apakah engkau ingin mendapatkan suami / isteri
yang buruk perilakunya sama dengan kelakuanmu? Bukankah engkau menuntut kebahagiaan
sempurna? Lihatlah pasangan hidup yang perilakunya sama-sama buruk, rumahtangga
mereka tidak dapat bertahan lama!

Wahai sahabatku, yakinlah dengan janji Allah bahawa engkau akan di beri pasangan
terbaik jika engkau beriman dan bertakwa padaNya. Dan adalah Allah tidak pernah
sedikit pun menyalahi janjiNya sendiri.

PH : Perempuan Yang Jahat Untuk Lelaki Jahat, Perempuan Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik Begitulah Sebaliknya :)

{ 10 comments... read them below or add one }

Unknown said...

hurmm...setuju,,,:)

Qib said...

he. Allah jauhkan saya dr maksiat dan zina. zina skrang dok mrata3..

ish..


Jum singgah belog Pink!

Cute tu hodoh!

~ NANA ~ said...

nak tny boleh?

ape pendapat tentang cerita nabi nuh yg mempunyai isteri yg tidak beriman?

=)

Kaixer.NET said...

Nak stuju..kang kate spm plak~ hehe :D

Kalo diri baik, insyaALLAH jodohnya pon baik.. :D

cuteyes said...

Allah telah tentukan yang terbaik buat kita semua.

Ema Teddy said...

Seperti pepatah....
yang baik untuk yang baik...yang jahat untuk yang jahat....

eh ade ke pepatah mcm tu...hihi

Muhammad Anaz said...

Cerita Zaman Nuh itu...mengisahkan tentang Ingkarnya seorang isteri dan memburukkan suami sendiri...

Nabi Nuh itu diuji kenabiannya bukan di kalangan masyarakat, tetapi termasuk di dalam Rumah...masa itu pun xder sape berima..500 tahun dakwahnya tetapi hanya lingkungan 80 sahaja yang mengikuti..

Bangsa Nuh bangsa yang keras kepala...walaupun zaman mereka x jauh dengan Adam alaihisalam...mereka mengatakan kepada Nuh " Kenapa kau percaya dongeng nenek moyang kita??"...

jd Isteri Nuh memainkan peranan Kuat untuk menguji Nuh...

bagaimanapun... Perempuan baik untuk laki baik2 bukanlah janji..tp ianya hanya ganjaran bg hamba yang terpilih...cuba yang terbaik untuk baiki rumah tangga ok..

Muhammad Anaz said...

http://eranabi.blogspot.com/2009/03/kisah-nabi-nuh-alaihi-salam.html

link ni juga boleh membantu sikit2..untuk fahami kisah Nuh

Gayahspears said...

yup rid... mmg betoi pon.. akak pon ade terbaca gak dlm satu buku...

Hariz said...

Terima Kasih Anas..
Dengan pengkosian daripada anas dapat syafaat..
Maka.. Jika kamu telah terlanjur berzina maka bertaubatlah selagi matahari tidak terbit dari barat.. dan sakaratul maut...
Peringatan untuk diri saya juga...

Post a Comment